Abstrak

RnR: Memahami Konsep Asas Hukum Lenz

Mohd Rohit Bin Safuan
Rajeshwaran a/l  Shanmugam

Abstrak

Menentukan arah arus aruhan yang terhasil daripada perubahan/ pemotongan fluks magnet adalah merupakan salah satu kemahiran asas yang diperlukan dalam topik 20: Electromagnetic Induction bagi mata pelajaran Fizik Semester II.  Kemahiran ini sangat kurang dikuasai oleh pelajar. Tinjauan awal yang dilakukan menerusi semakan latihan tutorial dan sesi soal jawab mendapati bahawa kebanyakan pelajar masih menghadapi masalah dalam menentukan arah arus aruhan terutama berkaitan dengan self induction dan mutual induction. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana lembaran gambar rajah RnR yang diperkenalkan kepada pelajar semasa pembelajaran topik Electromagnetic Induction dapat membantu pelajar mengatasi masalah ini. Responden kajian terdiri daripada 35 orang pelajar Lembaran 1. Dua (2) kaedah kutipan data tinjauan awal dilakukan iaitu melalui semakan latihan tutorial dan sesi soal jawab. Ujian pos akan dilaksanakan untuk mengesan perubahan ke atas pelajar selepas lembaran gambar rajah RnR diperkenalkan kepada sampel kajian.

Comments

Popular Posts