Impak

1.     Mengukuhkan pemahaman konsep prinsip keabadian tenaga
  • Prinsip keabadian tenaga menyatakan:
“Energy cannot be created or destroyed, it transforms from one form to another”
Aplikasi daripada prinsip ini, pelajar mengira dan membandingkan bilangan garis fluks magnet sebelum dan selepas berlakunya ‘self induction’ dan ‘mutual induction’. Prinsip ini diaplikasikan melalui bilangan garis fluks magnet yang sama sebelum dan selepas aruhan. Ianya adalah satu konsep yang amat mudah difahami/ diasimilasi oleh pelajar.

2.     Mengukuhkan kemahiran proses sains pelajar
  • Kemahiran proses sains asas dan bersepadu seperti meramal, membuat inferens, mengelas, mentafsir maklumat dapat ditingkatkan di kalangan pelajar. Semasa penggunaan lembaran, pelajar akan melukis fluks magnet, mengira bilangan fluks magnet dan menulis pemerhatian, seterusnya membina sendiri konsep keabadian tenaga di dalam menentukan arah arus aruhan.
  • Selain itu, aktiviti perbincangan di dalam kumpulan pula dapat memupuk komunikasi yang berkesan di mana pelajar perlu menyoal, berkongsi dan mentafsir maklumat sesama sendiri.
3.     Pengukuhan kefahaman dan konsep aruhan electromagnet ‘induction’ melalui lembaran kerja RnR
  • Penggunaan lembaran kerja RnR yang terancang, bermula dari induksi aplikasi aruhan electromagnet iaitu dynamo basikal, hubungan Hukum Faraday dan Hukum Lenz bagi kes-kes asas aruhan asas, seterusnya aplikasi prinsip keabadian tenaga bagi kes-kes berkenaan, membuka perspektif baru kepada pelajar. Pelajar tidak lagi terikat kepada definasi mudah Hukum Lenz tetapi ianya sukar difahami.
  • Kesukaran pelajar menggambarkan/ membuat gambaran mental akan situasi sebenar aruhan elektromagnet juga dapat diatasi dengan lembaran kerja RnR. Di dalam lembaran kerja ini, gambar rajah yang berkaitan digunakan sepenuhnya. Gambar rajah adalah perwakilan gambar/ lakaran yang sering digunakan oleh sainstis. Melalui gambar rajah/ lakaran, ia dapat menjelaskan idea/ konsep yang abstrak kepada imej yang konkrit. Seterusnya ia dapat meningkatkan persepse, kefahaman dan daya ingatan pelajar.
4.      Tahap kepuasan hati pelajar meningkat
  • Melalui lembaran kerja RnR, pelajar sangat berpuas hati kerana mereka dapat menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan penentuan arah arus aruhan berdasarkan Hukum Lenz.

Comments

Popular Posts